Manusia ni macam macam jenis atas muka bumi. So, jangan pelik kalau jumpa manusia yang lain daripada kita. Lain does not mean daripada fizikal but lain cara maybe dari segi attitude and way of life. Semakin jauh perjalanan hidup kita, semakin banyak manusia yang kita jumpa. Makin banyak jenis lah yang kita jumpa dan akan jumpa. Ada sesetengah yang kita boleh 'ngam' tapi ada yang jenis langsung tak boleh masuk. Why? Sebab manusia itu berbeza.
Manusia itu berbeza. Jangan harapkan semua orang sama seperti kita. Kita akan jumpa banyak jenis manusia di sepanjang perjalanan hidup kita. Sebenarnya, tiada yang salah pun untuk menjadi sedikit berbeza daripada yang lain :') Kita anggap manusia lain berbeza cara dengan kita. Kita pun terlupa bahawa mereka pun mempunyai anggapan yang sama. Kita berbeza daripada mereka.
Jangan pernah push or pandang rendah pada seseorang. Mungkin kita anggap kerana 'lain' itu membolehkan kita membezakan antara kita dan manusia itu. Jangan sesekali lupa bahawa setiap manusia ada ujian masing - masing mengikut kemampuan tersendiri. Kita nampak manusia itu cool and relax sahaja dalam hidup. Tiada masalahkah dia? Tidak! Semua manusia ada ujian tersendiri. Ada cara tersendiri untuk hadapi ujian itu. Ada yang simpan dan pendam sendiri. Ada pula yang menunjuk dan hebohkan pada satu dunia. Setiap manusia sedang struggle dengan hidup masing - masing tanpa kita tahu. So, jangan mudah pandang rendah dan menghakimi hidup manusia lain. Kerana manusia itu berbeza.
'Lain' itulah yang melengkapkan hidup manusia. Kerana kekosongan itu membolehkan ia diisi. Hidup saling melengkapi. Hidup ini seperti puzzle. Sempurna hanya selepas dicantumkan semua kepingan puzzle yang berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan